Soulmate Hingga Jannah
Soulmate Hingga Jannah memaparkan Rokiah, gadis kampung yang ‘comot’, selamba dan penuh semangat mendapat tawaran bekerja di syarikat korporat di Kuala Lumpur. Rokiah juga tidak menyangka dia terpaksa berdepan dengan kerenah majikannya, Azmeer yang sombong dan berkarakter baran, ‘terlalu jujur’ dan menggelar dirinya sendiri ‘Mr. Perfect’. Namun, di sebalik kebengisan Azmeer, tersimpan satu rahsia, iaitu janji Azmeer kepada arwah isterinya, Khalisa agar tidak berkahwin lagi atau mendekati mana-mana wanita yang dapat menggantikannya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Rokiah dan Azmeer bersama selamanya?
Labels:
Lain-lain,
Soulmate Hingga Jannah